Jumaat, 5 Februari 2010

BERSAMA AHLI PARLIMEN YB DATUK RAHMAN HAJI DAHLAN MENGUCAP SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN MASYARAKAT CINA KOTA BELUD
















Hari ini 6.02.2009(Sabtu) saya mengikuti rombongan Ahli Parlimen Kota Belud YB. Datuk Abd. Rahman Haji Dahlan bersama pemimpin-pemimpin daerah Kota Belud yang terdiri daripada parti UMNO yang diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Saudara Awadnir Matanggal, AJK UMNO bahagian terdiri setiausaha Bahagian UMNO Saudara Adlan Lonoh, AJK UMNO Kota Belud En Eping Gayung, Maljib Haji Salleh, Idris Nanti, OKK. Tungking Kantiong, En Pardan Maji, En Awang Samad Haji Salam dan En Jenunin Haji Sudah. Turut sama dalam rombongan ini juga terdiri pemimpin-pemimpin parti kompenan Nasional serta OCPD Kota Belud Saudara DSP Mohan Nadasen. Rombongan kami dibawa mengelilingi kawasan Pekan Kota Belud

Dalam program yang diatur oleh Jabatan Perhubungan Parlimen Kota Belud ini, kami telah melawat pekedai-pekedai masyarakat cina seluruh kawasan Kota Belud sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru dan kesempatan ini diambil oleh kakitangan perhubungan Parlimen untuk membahagi-bahagikan kad-kad Tahun Baru Cina daripada YB Datuk Abd Rahman Haji Dahlan.

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP