Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis Perkahwinan Anak Haji Bistari Haji Jun di Kg. Taun Gusi Kota Belud








Hari ini 26/06/2010 (sabtu) saya telah menghadiri perkahwinan anak Haji Bistari Haji Jun di Kampung Taun Gusi Kota Belud. Turut serta mengunjugi majlis perkahwinan ini ialah YB Datuk Abd. Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen P169 Kota Belud, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Pengarah Kebajikan Negeri Sabah Saudara Etong Bin Terang, OCPD Kota Belud Tuan Mohan, Saudara Serin Haji Sudah, Pegawai Perhubungan ahli parlimen Kota Belud Saudara Idris Nanti, dan tetamu-tetamu yang telah dijemput hadir

Read more...

Jumaat, 11 Jun 2010

Majlis Pesta Menuai Peringkat Mukim Rosok











Hari ini 10/06/2010( Khamis) jam 11.00 pagi saya menghadiri Majlis Pesta Menuai peringkat Mukim Rosok. Turut hadir dalam majlis antaranya ialah YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan merangkap ADUN N6 Tempasuk, Timbalan Presiden PBS Saudara Almudin Kaida, AJK UMNO Bahagian Saudara Naumul Kaida, Saudara James Baga, Saudara Siang Sibin CDO kawasan N6 Tempasuk,Pemimpin-pemimpin peringkat 7 buah kampung dalam mukim Rosok serta lebih 1,000 orang penduduk yang tinggal di kawasan mukim Rosok,

Read more...

Rabu, 26 Mei 2010

Kunjugan Hormat Ke Pejabat YB Japlin Haji Hakim









Hari ini saya mengetuai rombongan SK.Peladok dan PIBG SK. Peladok mengunjungi pejabat YB Datuk Japlin Haji Hakim Pembantu menteri Infrakstruktur Negeri Sabah. Dalam kunjungan ini kami mengajukan permasalahan SK. Peladok yang kekurangan bilik Guru. Lantas pertemuan itu YB Japlin berjanji membantu kami mencari peruntukan sebanyak RM 30.000,00 bagi tujuan membina bilik guru SK.Peladok.

Read more...

Ahad, 25 April 2010

TURUN PADANG MENGHADIRI KENDURI ARWAH NORDIN HAJI NANTI

Hari ini 24/04/2010 (sabtu/2.00ptg). Turun padang menghadiri kenduri arwah Nordin Haji Nanti di KG.Taun Gusi Kota Belud mantan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian P169 Kota Belud. Kebetulan hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Haji MusTambah Imejbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap Adun N6 Tempasuk. Sebagai di kalangan bekas pemimpin peringkat UMNO Bahagian saya cukup teruja kehilangan Arwah Nordin. Hanya Umul Kitab Al Fatiah sebagai hadiah ke atas beliau. Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

Khamis, 15 April 2010

Majlis Pengekebumian Mentua Saya Haji Belaka Haji Hamid



Hari ini saya menghadiri pengekebumian arwah mentua saya Haji Belaka Haji Hamid. Semoga roh beliau dicucuri rahkmat Allah SWT dan Al- Fatiah untuk beliau. Setelah majlis pengkebumian selesai dilangsungkan, kami kembali ke rumah Arwah dan kebetulan YB Datuk Musbah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah baru sampai kerana pagi tadi beliau tidak dapat hadir kerana ada majlis di Dewan Undangan Negeri Sabah (Majlis Perasmian Persidangan dewan Undangan Negeri).


Sambil minum kami bersembang mengenai jurai keturunan bangsa Iranun dan Bajau Kota Belud. Rupa-rupanya antara saya dengan YB Datuk Musbah mempunyai jurai keturunan yang sama. Datuk Musbah telah lama mengkaji jurai keturunan antara dua suku kaum ini, rupanya beliau boleh dijadikan bahan rujukan mengenai hubungan kekeluargaan antara suku kaum Iranun dan Bajau. Beliau mengkaji jurai keturunan telah bertahun-tahun lamanya dan kini mempunyai rekod kesemua jurai keturunan suku kaum Iranun dan Bajau. Nak imbas kembali apa yang kami bualkan memang sukar apa lagi macam saya yang tidak mengkaji dan tiada rekod, tapi yang saya tahu kami sama-sama dari keturunan DATU GADOR bersama-sama TAN SRI PANDIKAR "Syabas Datuk Musbah Haji Jamli"

Read more...

Sabtu, 10 April 2010

BERSAMA YB DATUK ABD.RAHMAN HAJI DAHLAN DALAM TAKLIMAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA BELUD












Hari ini (10.04.2010/Sabtu/ jam2.30 ptng) saya bersama rombongan YB Datuk Ab. Rahman Haji Dahlan menghadiri taklimat Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud di Pejabat Pendidikan Daerah Botong. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Herbet Timbun Lagadan Wakil Rakyat N9 Kadamaian, En. Bakrin Haji Yusuf Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Ketua-Ketua Sektor Pejabat Pendidikan Daerah, En Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, En Arshad Haji Bistari Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, AJK Bahagian UMNO Kota Belud. Dalam majlis ini kami diberi taklimat mengenai perjalanan Jabatan Pendidikan daerah Kota Belud.

Read more...

Ahad, 28 Mac 2010

MAKAN MALAM BERSAMA DATUK SERI NOH HAJI OMAR MENTERI PERTANINAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA













Sebagai bapa angkat UMNO Bahagian Kota Belud, hari ini Datuk Seri Noh Haji Omar melakukan lawatan tidak rasmi ke daerah Kota Belud pada 27.03.2010 ( Sabtu ) malam. Majlis yang yang dirancang antara Datuk Seri Noh Haji Omar dengan kepimpinan Bahagian UMNO Kota Belud ini telah turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat kawasan Kota Belud. Mereka terdiri daripada YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli Adun N6 Tempasuk Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Abd Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen P169 Kota Belud dan YB Datuk Japlin Haji Hakim Adun N7 Usukan Pembantu Menteri Infrakstruktur Negeri Sabah.

Majlis yang disajikan dengan pelbagai juadah makanan ini, turut diselitkan program ucapan dan dialog antara Datuk Seri Noh Haji Omar dan kepimpinan UMNO Bahagian Kota belud. Walaupun ketiadaan Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said selaku Ketua UMNO Bahagian kerana berada di luar Negara, namun berbagai soalan telah diajukan kepada Datuk Seri Haji Omar oleh kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud. Sementara sebelum itu dalam ucapannya Datuk Seri Noh Haji Omar mengesa kepimpinan UMNO peringkat bahagian Kota Belud memperkukuhkan perpaduan dikalangan ahli UMNO Kota Belud demi memastikan kemenangan parti UMNO dalam PRU13 nanti.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP