Selasa, 13 Disember 2011

TOK DALANG WAYANG KULIT POLITIK KOTA BELUD

Sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti saya merayu supaya pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO Kota Belud sempena menjelangnya pilihanraya ke 13 ini supaya menghentikan perbuatan tersebut. Terutama sekali percubaan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan kononnya pegawai tersebut tersenarai calun Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.

Perbuatan ini lazimnya akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab setiap kali menjelangnya pilihanraya berlaku. Perbuatan ini boleh menjejaskan keutuhan dan kekuatan Parti UMNO. Justeru itu saya juga mengesah pihak pimpinan pusat agar memantau kegiatan ini sebelum ianya menjadi duri dalam daging dalam UMNO.

Kekadang ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang termakan umpan si pengadudomba ini sehinggakan dia lupa pada kedudukan sebagai pegawai kanan kerajaan, disamping menjejaskan peluang masa depannya dalam kenaikan pangkat di masa akan datang.

Read more...

Isnin, 20 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA


Kepada lelaki yang bergelar ayah, saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA. Semoga tanggungjawab kita sebagai bapa dapat dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan kita seisi keluarga sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT.

Read more...

Isnin, 30 Mei 2011

SELAMAT MENYAMBUT PESTA MENUAI TAHUN 2011


Sempena menyambut Pesta Menuai tahun 2011, saya seisi keluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT PESTA MENUAI TAHUN 2011 kepada semua sahabat handai yang mengenali saya walaupun di mana berada, semoga tahun ini membawa kesejateraan hidup kita berbanding tahun lalu.

Read more...

Selasa, 8 Mac 2011

SELAMAT HARI WANITA


"SELAMAT HARI WANITA". Sumbangan golongan wanita kepada negara, bangsa dan agama selama ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Di harap semua golongan wanita tidak jemu-jemu mencurahkan bakti kepada negara, bangsa dan agama.

Read more...

Rabu, 2 Februari 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BERBANGSA CINA KHUSUSNYA MEREKA YANG TINGGAL DI DAERAH KOTA BELUD DAN DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN INI MEMBAWA LEBIH BANYAK KECERIAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA.

Read more...

Sabtu, 4 September 2010

MENGHADIRI JAMUAN BERBUKA PUASA DENGAN YB DATUK HAJI MUSBAH HAJI JAMLI ADUN N6 TEMPASUK










Hari ini saya menerima jemputan majlis berbuka puasa YB Datuk Musbah Haji Jamli pembantu menteri pertanian dan industri makanan negeri sabah bersama rakyat. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Abd Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen P169 Kota Belud, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Awadnir Matanggal, Pegawai Daerah Kota Belud Abd Gari Haji Intam, Presiden SAMA Sabah Abdullah Haji Sibil, beberapa orang AJK UMNO bahagian kota Belud, Imam Daerah Kota Belud Haji Madli Haji Manshor, Ketua-ketua cawangan UMNO, pemimpin-pemimpin kompenan Barisan Nasional, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai.

Antara aturcara yang diatur dalam majlis ini ialah berbuka puasa, sembahyang maghrib, sembahyang isyak dan seterusnya sembahyang tarawih. Tetamu VVIP dan orang ramai disajikan berbagai hidangan.

Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

MERASMIKAN PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK SK.PELADOK PADA 7.08.2010(SABTU)






Satu keunikan dalam perasmian ini apabila reben yang ditarik tidak boleh mebukakan kain rentang sebagai gemek perasmian. Perasmi terpaksa naik atas kursi dan mengunting reben.









Hari ini 7.8.2010(Sabtu) saya diarah oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Ketua Bahagian UMNO Kota Belud mewakili beliau merasmikan Program Pemantapan Akdemik SK.Peladok Kota Belud. Turut serta dalam majlis ini ialah wakil-wakil jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Daerah Kota Belud, Polis Daerah Kota Belud, Balai Bomba Kota Belud, Pemimpin masyarakat seperti Arshad Haji Bistari Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Belud serta AJKnya, Cik Masnatu Satung Ketua Puteri UMNO Kota Belud serta AJKnya, Guru Besar SK. Peladok, Wakil Pengetua SMK Usukan, Guru Besar SK. Kulambai, Haji Madri Akong Wakil daripada pemadam Kota Belud, En Asrin Sadi Wakil daripada pejabat Daerah Kota Belud, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah En Nerawi Haji Kata, Ketua-ketua Kampung, Pengerusi JKKK-JKKK kawasan Pantai Emas, Imam, ibu bapa dan murid-murid. Kehadiran dianggarkan mencecah hampir 4oo orang

Di dalam ucapan perasmian penutupan ini saya telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan beberapa pihak antara lain ialah.

1. Peranan Ibubapa mendidik anak-anak semasa di rumah
2. Peranan guru dalam mendidik pelajar dan terhadap negara
3. Peranan masyarakat tentang pendidikan
4. Peranan sekolah mengwujudkan suasana kerja yang kondunsif
5. Bangunan SK.Peladok mendapat perhatian Ketua Bahagian UMNO Kota Belud
6. Sokongan kepada kerajaan atas kebenaran kepada guru DG41 hingga DG48
7. Menolak pandangan dan idea yang songsang golongan tertentu
8. Gejala dadah dari sudut bahayanya kepada anak-anak
9. Kesengsaraan kehidupan di masa lampau
10. Menuntut anak-anak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan
11. Mengajak guru-guru dan kakitangan SK.Peladok melanjutkan pelajaran

Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur, warga Pendidik dan para ibubapa kerana memberi kerjasama kepada Biro Pendidikan UMNO menganjurkan program ini.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP