Selasa, 13 Disember 2011

TOK DALANG WAYANG KULIT POLITIK KOTA BELUD

Sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti saya merayu supaya pihak-pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO Kota Belud sempena menjelangnya pilihanraya ke 13 ini supaya menghentikan perbuatan tersebut. Terutama sekali percubaan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan kononnya pegawai tersebut tersenarai calun Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.

Perbuatan ini lazimnya akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab setiap kali menjelangnya pilihanraya berlaku. Perbuatan ini boleh menjejaskan keutuhan dan kekuatan Parti UMNO. Justeru itu saya juga mengesah pihak pimpinan pusat agar memantau kegiatan ini sebelum ianya menjadi duri dalam daging dalam UMNO.

Kekadang ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang termakan umpan si pengadudomba ini sehinggakan dia lupa pada kedudukan sebagai pegawai kanan kerajaan, disamping menjejaskan peluang masa depannya dalam kenaikan pangkat di masa akan datang.

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP