Isnin, 9 Ogos 2010

MERASMIKAN PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK SK.PELADOK PADA 7.08.2010(SABTU)






Satu keunikan dalam perasmian ini apabila reben yang ditarik tidak boleh mebukakan kain rentang sebagai gemek perasmian. Perasmi terpaksa naik atas kursi dan mengunting reben.









Hari ini 7.8.2010(Sabtu) saya diarah oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Ketua Bahagian UMNO Kota Belud mewakili beliau merasmikan Program Pemantapan Akdemik SK.Peladok Kota Belud. Turut serta dalam majlis ini ialah wakil-wakil jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Daerah Kota Belud, Polis Daerah Kota Belud, Balai Bomba Kota Belud, Pemimpin masyarakat seperti Arshad Haji Bistari Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Belud serta AJKnya, Cik Masnatu Satung Ketua Puteri UMNO Kota Belud serta AJKnya, Guru Besar SK. Peladok, Wakil Pengetua SMK Usukan, Guru Besar SK. Kulambai, Haji Madri Akong Wakil daripada pemadam Kota Belud, En Asrin Sadi Wakil daripada pejabat Daerah Kota Belud, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah En Nerawi Haji Kata, Ketua-ketua Kampung, Pengerusi JKKK-JKKK kawasan Pantai Emas, Imam, ibu bapa dan murid-murid. Kehadiran dianggarkan mencecah hampir 4oo orang

Di dalam ucapan perasmian penutupan ini saya telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan beberapa pihak antara lain ialah.

1. Peranan Ibubapa mendidik anak-anak semasa di rumah
2. Peranan guru dalam mendidik pelajar dan terhadap negara
3. Peranan masyarakat tentang pendidikan
4. Peranan sekolah mengwujudkan suasana kerja yang kondunsif
5. Bangunan SK.Peladok mendapat perhatian Ketua Bahagian UMNO Kota Belud
6. Sokongan kepada kerajaan atas kebenaran kepada guru DG41 hingga DG48
7. Menolak pandangan dan idea yang songsang golongan tertentu
8. Gejala dadah dari sudut bahayanya kepada anak-anak
9. Kesengsaraan kehidupan di masa lampau
10. Menuntut anak-anak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan
11. Mengajak guru-guru dan kakitangan SK.Peladok melanjutkan pelajaran

Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur, warga Pendidik dan para ibubapa kerana memberi kerjasama kepada Biro Pendidikan UMNO menganjurkan program ini.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP