Ahad, 11 Julai 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UMNO BAHAGIAN P169 KOTA BELUD














Sebagai ahli UMNO yang cintakan kekuatan parti UMNO merasa amat gembira melihat kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud yang terdiri daripada YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah merangkap ADUN N6 Tempasuk, YB. Datuk Japlin Haji Hakim Pembantu Menteri Infrakstruktur Negeri Sabah dan YB Datuk Abd Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud dalam mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud pada tahun ini(2010).


Turut hadir dalam masyuarat ini ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud En Awadnir Matanggal, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud En. Barur Sawi, Ketua Wanita UMNO Kota Belud Pn. Eyunmah Latun, Ketua Puteri UMNO Kota Belud Cik. Masnatu Satung, Semua AJK UMNO Bahagian Kota Belud, Perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan Cawangan UMNO Kota Belud.


Majlis ini juga turut di hadiri oleh anggota Kompenan Barisan Nasional yang terdiri daripada Timbalan Presiden PBS merangkap Ketua Bahagian PBS Kawasan Tempasuk Saudara Almudin Kaida, Wakil daripada MCA, PBS, LDP,UPKO, dan PBRS.

Pada tahun ini merupakan permulaan kepada penggunaan peraturan baru kepada perlembagaan UMNO yang baru diluluskan dalam perhimpunan UMNO tahun lepas di bangunan PWTC Kuala Lumpur.

Dalam mesyuarat kali ini perwakilan UMNO diperingkat cawangan yang telah dipilih oleh bahagian telah diberi peluang oleh AJK bahagian membahaskan beberapa isu semasa mengenai pendidikan, ekonomi dan agama.

Mesyurat kali ini juga telah mengadakan pertandingan wakil 7 untuk memilih perwakilan UMNO bahagian Kota Belud ke perhimpunan UMNO pusat di Kuala Lumpur pada hujung tahun ini. Antara yang telah berjaya dipilih dalam pertandingan itu ialah Saudara Serin Sudah (507), Saudara Arsad Haji Bistari (496), Saudara Marali Haji Adim (384), Saudara Ruslan Duraman (363), Tuan Haji Mayur Radim(360), Saudara Samsuddin Erang (346), dan Saudara Halim Semat(320).

Rata-rata pembahas yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini melahirkan satu momentom baru kepimpinan UMNO bahagian supaya melakukan perubahan yang besar bagi memberi keyakinan kepada ahli-ahli UMNO dan golongan belia kepada parti UMNO. Banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh pembahas telah diminitkan untuk dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi tindakan susulan.

Kepada yang menang dalam perwakilan tujuh yang baru berlalu saya mengucapkan tahniah dan saranan saya pikullah tanggungjawab yang diberi kepada anda sebaik mungkin sebagaimana yang dikehendaki oleh perwakilan UMNO bahagian Kota Belud. Kepada yang gagal saya mengharapkan supaya tidak merasa kecewa kerana sememangnya adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang, yang menang pun bukannya menang semuanya dan yang kalah pun bukan juga kalah keseluruhannya. Ingatlah bahawa kita adalah sebuah pasukan yang perlu berganding bahu menentang musuh politik kita pada PRU13 nanti. Syabah dan Tahniah kepada seluruh ahli UMNO Kota Belud kerana berjaya mengadakan mesyuarat UMNO bahagian pada tahun ini dengan baik.



Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP