Khamis, 15 April 2010

Majlis Pengekebumian Mentua Saya Haji Belaka Haji Hamid



Hari ini saya menghadiri pengekebumian arwah mentua saya Haji Belaka Haji Hamid. Semoga roh beliau dicucuri rahkmat Allah SWT dan Al- Fatiah untuk beliau. Setelah majlis pengkebumian selesai dilangsungkan, kami kembali ke rumah Arwah dan kebetulan YB Datuk Musbah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah baru sampai kerana pagi tadi beliau tidak dapat hadir kerana ada majlis di Dewan Undangan Negeri Sabah (Majlis Perasmian Persidangan dewan Undangan Negeri).


Sambil minum kami bersembang mengenai jurai keturunan bangsa Iranun dan Bajau Kota Belud. Rupa-rupanya antara saya dengan YB Datuk Musbah mempunyai jurai keturunan yang sama. Datuk Musbah telah lama mengkaji jurai keturunan antara dua suku kaum ini, rupanya beliau boleh dijadikan bahan rujukan mengenai hubungan kekeluargaan antara suku kaum Iranun dan Bajau. Beliau mengkaji jurai keturunan telah bertahun-tahun lamanya dan kini mempunyai rekod kesemua jurai keturunan suku kaum Iranun dan Bajau. Nak imbas kembali apa yang kami bualkan memang sukar apa lagi macam saya yang tidak mengkaji dan tiada rekod, tapi yang saya tahu kami sama-sama dari keturunan DATU GADOR bersama-sama TAN SRI PANDIKAR "Syabas Datuk Musbah Haji Jamli"

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP