Ahad, 25 April 2010

TURUN PADANG MENGHADIRI KENDURI ARWAH NORDIN HAJI NANTI

Hari ini 24/04/2010 (sabtu/2.00ptg). Turun padang menghadiri kenduri arwah Nordin Haji Nanti di KG.Taun Gusi Kota Belud mantan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian P169 Kota Belud. Kebetulan hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Haji MusTambah Imejbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap Adun N6 Tempasuk. Sebagai di kalangan bekas pemimpin peringkat UMNO Bahagian saya cukup teruja kehilangan Arwah Nordin. Hanya Umul Kitab Al Fatiah sebagai hadiah ke atas beliau. Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

Khamis, 15 April 2010

Majlis Pengekebumian Mentua Saya Haji Belaka Haji Hamid



Hari ini saya menghadiri pengekebumian arwah mentua saya Haji Belaka Haji Hamid. Semoga roh beliau dicucuri rahkmat Allah SWT dan Al- Fatiah untuk beliau. Setelah majlis pengkebumian selesai dilangsungkan, kami kembali ke rumah Arwah dan kebetulan YB Datuk Musbah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah baru sampai kerana pagi tadi beliau tidak dapat hadir kerana ada majlis di Dewan Undangan Negeri Sabah (Majlis Perasmian Persidangan dewan Undangan Negeri).


Sambil minum kami bersembang mengenai jurai keturunan bangsa Iranun dan Bajau Kota Belud. Rupa-rupanya antara saya dengan YB Datuk Musbah mempunyai jurai keturunan yang sama. Datuk Musbah telah lama mengkaji jurai keturunan antara dua suku kaum ini, rupanya beliau boleh dijadikan bahan rujukan mengenai hubungan kekeluargaan antara suku kaum Iranun dan Bajau. Beliau mengkaji jurai keturunan telah bertahun-tahun lamanya dan kini mempunyai rekod kesemua jurai keturunan suku kaum Iranun dan Bajau. Nak imbas kembali apa yang kami bualkan memang sukar apa lagi macam saya yang tidak mengkaji dan tiada rekod, tapi yang saya tahu kami sama-sama dari keturunan DATU GADOR bersama-sama TAN SRI PANDIKAR "Syabas Datuk Musbah Haji Jamli"

Read more...

Sabtu, 10 April 2010

BERSAMA YB DATUK ABD.RAHMAN HAJI DAHLAN DALAM TAKLIMAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA BELUD












Hari ini (10.04.2010/Sabtu/ jam2.30 ptng) saya bersama rombongan YB Datuk Ab. Rahman Haji Dahlan menghadiri taklimat Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud di Pejabat Pendidikan Daerah Botong. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Herbet Timbun Lagadan Wakil Rakyat N9 Kadamaian, En. Bakrin Haji Yusuf Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Ketua-Ketua Sektor Pejabat Pendidikan Daerah, En Awadnir Matanggal Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, En Arshad Haji Bistari Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, AJK Bahagian UMNO Kota Belud. Dalam majlis ini kami diberi taklimat mengenai perjalanan Jabatan Pendidikan daerah Kota Belud.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP