Selasa, 16 Mac 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT SEMPENA BULAN AGENSI KERAJAAN






Hari ini (16.03.2010) selasa- saya memenuhi jemput Biro Penguna UMNO Kota Belud yang diadakan di tapak Tamu Pandasan Kota Belud. Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian Industri Makanan Negeri Sabah telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dikalangan penduduk yang berada disekitar. Antara tetamu yang hadir ialah Saudara Barur Sawi Ketua Pemuda UMNO Kota Belud dan AJK pemuda, Pegawai Penerangan UMNO Kota Belud Saudara Jemil Haji Sidah, AJK Bahagian UMNO Kota Belud yang terdiri daripada En. Eping Gayung, En. Longgit Gisas, En. Idris Nanti, En Naumul Haji Maulud, En. Jenuin Haji Sudah, Awang Daud Ganti(Pengerusi Biro Pengguna UMNO Kota Belud), En. Marusin Jamrin, AJK Puteri UMNO Kota Belud, Pemimpin Kemajuan Rakyat Saudara Bagdad Haji Turugan, Timbalan Presiden PBS Saudara Almudin Haji Kaidah, Kakitangan Pejabat Adun N6 Tempasuk dan Pemimpin-Pemimpin setempat. Antara pengisian program ini ialah ceramah kesihatan yang disampaikan oleh kakitangan Hospital Kota Belud dan pemeriksaan kesihatan serta menderma darah.


Dalam Majlis ini YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli mengajak pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud dan pemimpin masyarakat menghayati intipati yang terkandung dalam program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh parti UMNO buat masa ini. Kelalaian pemimpin UMNO sebelum ini menyedarkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Juara Rakyat yang antara lain mendukung dasar kerajaannya 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan. Dalam dasar ini YAB Perdana Menteri mengariskan tujuh perkara yang mennjadi teras yang perlu diutamakan. Antaranya ialah ketabahan, kesetiaan, rendah hati meritokrasi, pendidikan, integrity, budaya kecemerlangan dan penerimaan. YB Datuk Musbah Haji Jamli Wakil Rakyat N6 Tempasuk menekan pentingnya rakyat bersatu dan merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mengubah cara hidup yang lebih baik berbanding sekarang ini. Projek Agropolitan dan Jelapang Padi adalah antara projek yang bertujuan untuk mengubah cara hidup penduduk kawasan ini kearah yang lebih baik lagi. Menurut beliau kedua-dua projek ini memberi impak yang tinggi dari segi ekonomi kepada penduduk Kota Belud di masa akan datang. Selaku wakil rakyat, matlamat utamanya ialah meningkatkan sumber ekonomi dikalangan penduduk daerah ini, supaya mereka tidak lagi bergantung penuh kepada bantuan kerajaan dan mampu menjadi kuasa ekonomi yang kuat pada masa akan datang.

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP