Ahad, 28 Mac 2010

MAKAN MALAM BERSAMA DATUK SERI NOH HAJI OMAR MENTERI PERTANINAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA













Sebagai bapa angkat UMNO Bahagian Kota Belud, hari ini Datuk Seri Noh Haji Omar melakukan lawatan tidak rasmi ke daerah Kota Belud pada 27.03.2010 ( Sabtu ) malam. Majlis yang yang dirancang antara Datuk Seri Noh Haji Omar dengan kepimpinan Bahagian UMNO Kota Belud ini telah turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat kawasan Kota Belud. Mereka terdiri daripada YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli Adun N6 Tempasuk Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Abd Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen P169 Kota Belud dan YB Datuk Japlin Haji Hakim Adun N7 Usukan Pembantu Menteri Infrakstruktur Negeri Sabah.

Majlis yang disajikan dengan pelbagai juadah makanan ini, turut diselitkan program ucapan dan dialog antara Datuk Seri Noh Haji Omar dan kepimpinan UMNO Bahagian Kota belud. Walaupun ketiadaan Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said selaku Ketua UMNO Bahagian kerana berada di luar Negara, namun berbagai soalan telah diajukan kepada Datuk Seri Haji Omar oleh kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud. Sementara sebelum itu dalam ucapannya Datuk Seri Noh Haji Omar mengesa kepimpinan UMNO peringkat bahagian Kota Belud memperkukuhkan perpaduan dikalangan ahli UMNO Kota Belud demi memastikan kemenangan parti UMNO dalam PRU13 nanti.

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP