Ahad, 28 Mac 2010

MAKAN MALAM BERSAMA DATUK SERI NOH HAJI OMAR MENTERI PERTANINAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA













Sebagai bapa angkat UMNO Bahagian Kota Belud, hari ini Datuk Seri Noh Haji Omar melakukan lawatan tidak rasmi ke daerah Kota Belud pada 27.03.2010 ( Sabtu ) malam. Majlis yang yang dirancang antara Datuk Seri Noh Haji Omar dengan kepimpinan Bahagian UMNO Kota Belud ini telah turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat kawasan Kota Belud. Mereka terdiri daripada YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli Adun N6 Tempasuk Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Abd Rahman Haji Dahlan Ahli Parlimen P169 Kota Belud dan YB Datuk Japlin Haji Hakim Adun N7 Usukan Pembantu Menteri Infrakstruktur Negeri Sabah.

Majlis yang disajikan dengan pelbagai juadah makanan ini, turut diselitkan program ucapan dan dialog antara Datuk Seri Noh Haji Omar dan kepimpinan UMNO Bahagian Kota belud. Walaupun ketiadaan Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said selaku Ketua UMNO Bahagian kerana berada di luar Negara, namun berbagai soalan telah diajukan kepada Datuk Seri Haji Omar oleh kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud. Sementara sebelum itu dalam ucapannya Datuk Seri Noh Haji Omar mengesa kepimpinan UMNO peringkat bahagian Kota Belud memperkukuhkan perpaduan dikalangan ahli UMNO Kota Belud demi memastikan kemenangan parti UMNO dalam PRU13 nanti.

Read more...

SEMINAR 1 MALAYSIA & MESYUARAT AGUNG PIBG 2010











Hari ini 27hb. Mac, 2010( Sabtu) sekali lagi Biro Pendidikan UMNO Kota Belud dengan kerjasama Biro Tatanegara Kota Kinabalu dan PIBG SK. Peladok Kota Belud bekerjasama menganjurkan majlis Seminar 1 Malaysia Sempena Mesyuarat PIBG Agung PIBG tahun 2010. Majlis yang dijangka dirasmikan oleh YB Datuk Abd.Rahman Haji Dahlan ini telah bertukar apabila beliau terpaksa diwakili oleh Saudara Awadnir Matanggal Timbalan Ketua UMNO Kota Belud kerana beliau masih berada di Kuala Lumpur atas urusan negara. Majlis in telah mendapat sambutan yang amat menggalakan apabila dihadiri oleh seramai lebih 200 orang ibubapa pelajar-pelajar SK. Peladok.
















Read more...

Selasa, 16 Mac 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT SEMPENA BULAN AGENSI KERAJAAN






Hari ini (16.03.2010) selasa- saya memenuhi jemput Biro Penguna UMNO Kota Belud yang diadakan di tapak Tamu Pandasan Kota Belud. Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian Industri Makanan Negeri Sabah telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dikalangan penduduk yang berada disekitar. Antara tetamu yang hadir ialah Saudara Barur Sawi Ketua Pemuda UMNO Kota Belud dan AJK pemuda, Pegawai Penerangan UMNO Kota Belud Saudara Jemil Haji Sidah, AJK Bahagian UMNO Kota Belud yang terdiri daripada En. Eping Gayung, En. Longgit Gisas, En. Idris Nanti, En Naumul Haji Maulud, En. Jenuin Haji Sudah, Awang Daud Ganti(Pengerusi Biro Pengguna UMNO Kota Belud), En. Marusin Jamrin, AJK Puteri UMNO Kota Belud, Pemimpin Kemajuan Rakyat Saudara Bagdad Haji Turugan, Timbalan Presiden PBS Saudara Almudin Haji Kaidah, Kakitangan Pejabat Adun N6 Tempasuk dan Pemimpin-Pemimpin setempat. Antara pengisian program ini ialah ceramah kesihatan yang disampaikan oleh kakitangan Hospital Kota Belud dan pemeriksaan kesihatan serta menderma darah.


Dalam Majlis ini YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli mengajak pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud dan pemimpin masyarakat menghayati intipati yang terkandung dalam program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh parti UMNO buat masa ini. Kelalaian pemimpin UMNO sebelum ini menyedarkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Juara Rakyat yang antara lain mendukung dasar kerajaannya 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan. Dalam dasar ini YAB Perdana Menteri mengariskan tujuh perkara yang mennjadi teras yang perlu diutamakan. Antaranya ialah ketabahan, kesetiaan, rendah hati meritokrasi, pendidikan, integrity, budaya kecemerlangan dan penerimaan. YB Datuk Musbah Haji Jamli Wakil Rakyat N6 Tempasuk menekan pentingnya rakyat bersatu dan merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mengubah cara hidup yang lebih baik berbanding sekarang ini. Projek Agropolitan dan Jelapang Padi adalah antara projek yang bertujuan untuk mengubah cara hidup penduduk kawasan ini kearah yang lebih baik lagi. Menurut beliau kedua-dua projek ini memberi impak yang tinggi dari segi ekonomi kepada penduduk Kota Belud di masa akan datang. Selaku wakil rakyat, matlamat utamanya ialah meningkatkan sumber ekonomi dikalangan penduduk daerah ini, supaya mereka tidak lagi bergantung penuh kepada bantuan kerajaan dan mampu menjadi kuasa ekonomi yang kuat pada masa akan datang.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP