Khamis, 4 Februari 2010

Majlis Perasmian Penutupan Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK. Peladok Kota Belud.




Tetamu yang hadir dalam majlis Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK.Peladok Kota Belud pada 30.01.2010( Sabtu ). Majlis ini dianjur oleh Biro Pendidikan UMNO Kota belud dan Warga SK. Peladok Kota Belud.
Majlis Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK. Peladok Kota Belud telah diadakan di SK.Peladok Kota Belud. Majlis ini telah diresmitutup oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Kota Belud Ketua UMNO Kota Belud. Antara tetamu yang hadir ialah Saya(Roslan Haji Manshor) Pengerusi Biro Pendidikan Kota Belud, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Saudara Barur Sawi, Setiausaha UMNO Kota Belud Saudara Adlan Bin Lonoh, Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal(JASA) Negeri Sabah, Guru Besar SK.Peladok Puan Bidang Simpoi, Pengerusi PIBG YM Syarif Lamjari YM Syarif Tawang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengetua SMK Sikuati Saudara Liasin Kaloh, AJK UMNO Kota belud, AJK Wainta UMNO Kota Belud, AJK Pemuda UMNO Kota Belud, AJK Puteri UMNO Kota belud dan pemimpin masyarakat setempat. Dianggarkan seramai lebih 300 orang yang hadir dalam majlis ini
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said dalam ucapan memuji penganjuran majlis ini kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibubapa dan pemimpin masyarakat setempat. Sebagai tanya sokongan kepada usaha ini beliau dengan sukacitanya mengumumkan derma RM 1,500.00 ringgit untuk tujuan pembelian buku-buku latihan murid tahun enam bagi persediaan murid menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Beliau mengharapkan murid-murid tahun enam SK.Peladok pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Catat Ulasan

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP