Sabtu, 13 Februari 2010

DI MAJLIS KAHWIN BERSAMA DATUK ABD.RAHIM BAKRI TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA





Hujung minggu selalunya saya menghabiskan masa memenuhi jemputan kahwin dari rakan-rakan yang mengadakan majlis perkahwinan kaum keluarga. Kebetulan hari ini 13hb.Febuari, 2010 (Sabtu) saya menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan anak perempuan Cikgu Abd. Rahman Pulah Guru Besar SK. Tempasuk 1 di Dewan Rasa Sayang Kota Belud. Di majlis ini, saya berkesempatan menemui rakan lama saya dan sepasukan dalam arena politik YB Datuk Abd. Rahim Bakri ahli Parlimen Kudat merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut dalam majlis ini ialah bekas Pegawai Pelajaran Kota Belud saudara Dr Haji Kassim Haji Ibrahim dan rakan-rakan yang lain.










Read more...

Ahad, 7 Februari 2010

HADIR SAMA DALAM PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO KOTA BELUD DAN SAFA DAERAH KOTA BELUD
















Petang hari ini (07.02.2009/ Sabtu) saya dijemput hadir dalam majlis perasmian penutupan pertandingan bolasepak bawah 12 tahun anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud dan Persatuan SAFA Daerah Kota Belud di Padang Pekan Kota Belud, Jam 2.00 petang. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Saudara Barur Sawi, Pengerusi SAFA Daerah Kota Belud En Abd Rahman Haji Zakaria, AJK Bahagian Kota Belud Saudara Eping Gayung, Jenuin Haji Sudah, Naumul Maulud, Pardan Maji, Awang Samad Haji Salam, Awang Daud Ganti, Idris Nanti, AJK Pemuda UMNO Kota belud, Saudara Idris Kisab, Naib Ketua pemuda UMNO Kota Belud Harsad Bin Haji Bistari dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.


Dalam pertandingan itu pasukan bawah 12 tahun Kulambai telah menjadi Johan Pertandingan setelah mengalahkan pasukan Tombol, sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan gabungan Bajau Iranun

Read more...

Jumaat, 5 Februari 2010

BERSAMA AHLI PARLIMEN YB DATUK RAHMAN HAJI DAHLAN MENGUCAP SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN MASYARAKAT CINA KOTA BELUD
















Hari ini 6.02.2009(Sabtu) saya mengikuti rombongan Ahli Parlimen Kota Belud YB. Datuk Abd. Rahman Haji Dahlan bersama pemimpin-pemimpin daerah Kota Belud yang terdiri daripada parti UMNO yang diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Saudara Awadnir Matanggal, AJK UMNO bahagian terdiri setiausaha Bahagian UMNO Saudara Adlan Lonoh, AJK UMNO Kota Belud En Eping Gayung, Maljib Haji Salleh, Idris Nanti, OKK. Tungking Kantiong, En Pardan Maji, En Awang Samad Haji Salam dan En Jenunin Haji Sudah. Turut sama dalam rombongan ini juga terdiri pemimpin-pemimpin parti kompenan Nasional serta OCPD Kota Belud Saudara DSP Mohan Nadasen. Rombongan kami dibawa mengelilingi kawasan Pekan Kota Belud

Dalam program yang diatur oleh Jabatan Perhubungan Parlimen Kota Belud ini, kami telah melawat pekedai-pekedai masyarakat cina seluruh kawasan Kota Belud sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru dan kesempatan ini diambil oleh kakitangan perhubungan Parlimen untuk membahagi-bahagikan kad-kad Tahun Baru Cina daripada YB Datuk Abd Rahman Haji Dahlan.

Read more...

Khamis, 4 Februari 2010

Majlis Perasmian Penutupan Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK. Peladok Kota Belud.




Tetamu yang hadir dalam majlis Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK.Peladok Kota Belud pada 30.01.2010( Sabtu ). Majlis ini dianjur oleh Biro Pendidikan UMNO Kota belud dan Warga SK. Peladok Kota Belud.
Majlis Kem Motivasi Ibubapa dan Murid SK. Peladok Kota Belud telah diadakan di SK.Peladok Kota Belud. Majlis ini telah diresmitutup oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Kota Belud Ketua UMNO Kota Belud. Antara tetamu yang hadir ialah Saya(Roslan Haji Manshor) Pengerusi Biro Pendidikan Kota Belud, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Saudara Barur Sawi, Setiausaha UMNO Kota Belud Saudara Adlan Bin Lonoh, Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal(JASA) Negeri Sabah, Guru Besar SK.Peladok Puan Bidang Simpoi, Pengerusi PIBG YM Syarif Lamjari YM Syarif Tawang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengetua SMK Sikuati Saudara Liasin Kaloh, AJK UMNO Kota belud, AJK Wainta UMNO Kota Belud, AJK Pemuda UMNO Kota Belud, AJK Puteri UMNO Kota belud dan pemimpin masyarakat setempat. Dianggarkan seramai lebih 300 orang yang hadir dalam majlis ini
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said dalam ucapan memuji penganjuran majlis ini kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibubapa dan pemimpin masyarakat setempat. Sebagai tanya sokongan kepada usaha ini beliau dengan sukacitanya mengumumkan derma RM 1,500.00 ringgit untuk tujuan pembelian buku-buku latihan murid tahun enam bagi persediaan murid menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Beliau mengharapkan murid-murid tahun enam SK.Peladok pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Read more...

Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi Biro UMNO Kota Belud


Selaras dengan Program Juara Rakyat yang dicanang oleh UMNO Pusat, Pengerusi-Pengerusi Biro UMNO Bahagian telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan program tersebut. Dalam mesyuarat ini Biro Pendidikan UMNO Kota Belud telah diminta menganjur program Juara Rakyat dalam bulan Januari tahun 2010. Melalui mesyuarat ini Biro Pendidikan UMNO menyatakan program kem Motivasi pelajar di SK. Peladok akan diadakan pada 29-30/02/2010.

Read more...

Rabu, 3 Februari 2010

Mesyuarat Jawatakuasa AJK UMNO Bahagian

Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kota Belud

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP